[TERKINI] Bayaran pengeluaran khas KWSP diawalkan bermula esok

2022-04-17 0

Bayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan lebih awal iaitu esok, berbanding jadual asal 20 April seperti diumumkan sebelum ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan mengkreditkan bayaran itu lebih awal dibuat kerana ramai yang meminta ia dipercepatkan.